Kebaikan Menabung ! Cha Ching
Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan menabung amat penting
dalam kehidupan manusia. Amalan baik ini haruslah dididik oleh ibu bapa
sejak kecil. Terdapat banyak cara untuk memupuk amalan menabung dalam
kalangan masyarakat. Ibu bapa boleh membuka akaun di bank atas nama
anak-anak untuk menggalakkan mereka menabung. Di samping itu, Jabatan
Pelajaran Sarawak telah melancarkan program menggalakkan pelajar
menabung sama ada peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
Antaranya, Program Wang Simpanan Saku yang telah dilaksankan di
peringkat sekolah. Kelab Kewangan Sekolah akan mengurus wang simpanan
saku tersebut. Oleh itu, amalan menabung boleh dikatakan membawa faedah
yang banyak kepada kita.
Amalan menabung boleh menyemai tabiat berjimat cermat, terutamanya
dalam kalangan pelajar. Dengan adanya amalan ini, kita tidak akan boros
dalam perbelanjaan seharian seperti makanan, hiburan dan sebagainya.
kita akan menggunakan wang dengan cermat dan memastikan kita tidak
terlebih guna wang yana ada pada kita. Misanya, seseorang yang berjimat
cermat sudah tentu menggunakan separuh daripada wang perbelanjaan yang
tidak dibelanjakan untuk ditabung sama ada di dalam bekas tabung atau
disimpan di bank. Penyimpan bank juga akan memperoleh dividen hasil
daripada simpanan, bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Jadi, amalan menabung berupaya memupuk kita lebih berjimat cermat untuk
bila-bila masa.
Di samping itu, amalan menabung boleh mengatasi masalah yang kita
hadapi semasa kecemasan. Keadaan ini boleh digambarkan seseorang
menyediakan payung sebelum hujan. Kita dapat membantu orang yang berada
dalam keadaan susah, seperti mangsa dalam kemalangan atau ditimpa
bencana. Misalnya, kita boleh menggunakan tabungan kita untuk menderma
kepada mangsa Gaza. Selain itu, kita juga boleh membantu keluarga dan
saudara kita apabila kecemasan berlaku. Hal ini disebabkan kita tidak
mungkin dapat memperoleh sejumlah wang yang banyak dengan segera jika
kita tidak ada wang tabungan. Untuk menyemai amalan yang murni ini dalam
kalangan masyarakat, syarikat insurans telah menggalakkan masyarakat
supaya menabung dengan cara menawarkan skim tabungan yang pelbagai untuk
kecemasan, iaitu kad perubatan.
Selain itu, amalan menabung penting untuk hari tua. Sikap yang rajin
menabung semasa masih muda, bertenaga, dan sihat akan menyenangkan pada
hari tua. Dengan adanya wang, kita dapat menikmati kehidupan yang lebih
gembira dan selesa, bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-sengan
kemudian. Kita harus bersusah dahulu dan bersenang kemudian. Bagi umat
Islam, wang yang ditabung boelh digunakan untuk menunaikan haji dan
umrah pada masa hadapan.
Lebih-lebih lagi, amalan menabung dapat memudahkan pembiayaan
keperluan semasa dan yang akan datang. Kita telah mempunyai wang yang
secukupnya untuk membiayai apa-apa sahaja yang diperlukan. Kita tidak
perlu meminjam wang daripada lintah darat dan berhutang selama beberapa
tahun. Kini, kebanyakan harga barang telah meningkat dan perkhidmatan
awam yang semakin meningkat harganya. Oleh itu, dengan ada tabunga, kita
mampu membeli sesuatu yang diperlukan atau dikehendaki. Kita juga dapat
membiayai pendidikan anak-anak di menara gading tanpa bergantung kepada
pihak kerajaan atau mana-mana pihak. Selain itu, seseorang tidak mduah
terjerat oleh lintah darat.
Intihanya, amalan menabung amat mulia. Setiap individu perlu mengorak
langkah untuk menabung. Amalan ini bukan sahaja dapat merealisasikan
impian diri sendiri malahan negara. Dalam keadaan kemelesetan ekonomi
dunia, rakyat juga dapat menghadapi kegawatan ekonomi ini dengan tabah
kerana mempunyai tabungan yang cukup untuk membiayai kos hidup.
♥ Mari Kita Menabung ! Cha Chinggg ! ♥
. Newer Post
Perlukah menabung ?
Saving is important !