"Melentur buluh biarlah dari rebungnya" Cha chingg
Amalan menabung dapat didefinisikan sebagai suatu budaya menyimpan
wang yang dilaksanakan secara berterusan. Terdapat pelbagai jenis bekas
tabung yang diperbuat daripada variasi bahan sama ada semula jadi atau
tiruan seperti buluh daripada bahan semula jadi dan plastik daripada
bahan tiruan. Namun, kebelakangan ini, amalan menabung kurang
dipraktikkan oleh majoriti masyarakat di Malaysia dan ini jelas
mengundang kerisauan kepada beberapa pihak yang telah bertungkus lumus
mengadakan pelbagai kempen berkenaan amalan menabung ini. Mahu ataupun
tidak, pihak yang terlibat haruslah memerah otak mencari alternatif lain
bagi menjadikan amalan menabung ini merupakan suatu perkara yang
sinonim dalam kalangan masyarakat Malaysia dan sekiranya penerangan
tentang faedah-faedah yang diperoleh melalui amalan menabung mampu
memberikan reaksi positif, mengapa tidak kita melakukannya?
Antara faedah yang diperoleh melalui amalan menabung ialah individu
itu akan dapat memupuk diri menjadi seorang yang berjimat cermat. Hal
ini berlaku demikian kerana individu tersebut akan sentiasa mengawal
perbelanjaan harian agar dapat menyimpan wang di dalam tabung. Justeru,
individu tersebut akan berjaya mengawal perasaan dan keinginan mereka
untuk memperoleh sesuatu barangan walaupun pada hakikatnya mereka tidak
menjadikan barangan tersebut sebagai suatu keperluan. Tamsilnya, seorang
anak yang telah diajar untuk mengamalkan sikap berjimat cermat oleh ibu
bapa mereka akan bijak menggunakan wang yang diberi dengan
sebaik-baiknya. Oleh itu, pendedahan amalan menabung kepada anak-anak
sejak kecil lagi akan memberikan kesan positif kepada mereka sekaligus
menyemat sikap suka berjimat dalam diri mereka.
Selain
itu, faedah lain yang diperoleh melalui amalan menabung yang dipupuk
sejak kecil lagi ialah dapat menjamin masa hadapan yang cerah bagi
anak-anak. Hal ini berlaku demikian kerana hasil tabungan yang dikumpul
mereka daripada kecil sehingga dewasa akan dapat digunakan untuk tujuan
tertentu apabila mereka dewasa kelak. Lantaran itu, jika anak-anak
berkehendakkan sesuatu, mereka mampu untuk mendapatkannya tanpa perlu
membebankan atau bergantung harap kepada kedua-dua orang tua mereka.
Tamsilnya, jika anak-anak mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran
ke menara gading sama ada dalam atau luar negara ibu bapa mereka tidak
begitu risau dan akan menerima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka
tanpa perlu memikirkan soal pembiayaan pengajian anak-anak mereka. Oleh
itu, amalan menabung yang dipupuk sejak kecil lagi jelas memberikan
masa hadapan yang cerah buat cahaya mata mereka.
Bukan itu
sahaja, amalan menabung yang disemat dalam diri individu sejak kecil
lagi juga akan dapat menjadi penyelamat pada waktu runcing. Hal ini
berlaku demikian kerana hasil tabungan yang di kumpul dari usia setahun
jagung sehingga dewasa akan dapat digunakan ketika berhadapan sesuatu
kejadian yang tidak diduga. Bak kata pepatah Melayu, malang tidak
berbau. Impaknya, individu tersebut tidak berada dalam keadaan terdesak
apabila terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini sekiranya mereka
menjadikan aktiviti menabung sebagai suatu amalan. Tamsilnya, hasil
tabungan yang dikumpul daripada usia muda dapat digunakan untuk
membiayai kos rawatan yang dikenakan pihak hospital sekiranya salah
seorang ahli keluarga penabung berdepan masalah seperti kemalangan,
menghidapi penyakit dan sebagainya sekaligus dapat memupuk sikap saling
membantu dalam ahli keluarga. Oleh itu, amalan menabung yang dididik
sejak anak-anak kecil lagi jelas membantu meringankan masalah keluarga
ketika berdepan situasi rumit.
Intihanya, jelaslah bahawa
amalan menabung perludipupuk dalam diri anak-anak sejak mereka kecil
lagi. Dengan demikian, ibu bapa, pihak sekolah serta masyarakat
sekeliling haruslah sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak muda masa
ini dalam usaha membudayakan amalan menabung dalam diri mereka.
Sekiranya semua pihak menjalankan kewajipan mereka dengan
sebaik-baiknya, tidak mustahil suatu hari nanti anak-anak yang diasuh
supaya membudayakan amalan menabung ini akan menjadi seorang individu
yang pemurah,berjimat cermat serta seorang pekerja yang amanah
terutamanya apabila melibatkan urusan kewangan. Jelaslah, amalan
menabung ini merupakan suatu amalan yang mendatangkan banyak kebaikan
kepada individu itu sendiri, keluarga, masyarakat juga negara.
♥ Mari Kita Menabung ! Cha Chinggg ! ♥
Older Post . Newer Post
Perlukah menabung ?
Saving is important !